Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Biodata Niena Baharun



Nama Sebenar
Amaniena Baharun

Agama
Islam

Nama Glamour
Niena Baharun

Tarikh Lahir
14 April 1993

Umur
23 Tahun (2016)

Tempat Asal
Kota Bharu, Kelantan

Pekerjaan
Model
Pelakon

Drama
1.       Demi Dia (2013)
2.       Rindu Awak 200% (2014)
3.       Hati Perempuan (2015)
4.       Cinta Teruna Kimchi (2016)
5.       Sayangku Kapten Mukhriz (2016)

Pendidikan
Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam Jurusan Kejuruteraan Awam

Adik-beradik
Anak ke-2 daripada empat adik-beradik

Tahun Aktif
2013 - Kini

Instagram

Facebook


sumber

#10Extra - Siapa Niena Baharun?
Bermula dengan watak antagonis, Shiela dalam ‘Demi Dia’ (2013), yang diupah untuk memisahkan pasangan Zack dan Azura sebelum memegang peranan Jaesliyatul dalam ‘Rindu Awak 200%’ (2014) sebagai kawan baik Esyana, pendatang baru Niena Baharun kini tampil dalam sebuah lagi drama Akasia, ‘Hati Perempuan’.
Selaku Maisara, teman baik Yuhanis yang menjadi pendengar setia segala luahan hatinya, anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini semakin mencuri perhatian peminat drama tempatan. Tetapi siapa Niena sebenarnya? Berikut ini beberapa fakta menarik tentang anak kedua daripada empat adik-beradik ini.
1. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia, Niena mula bekerja sebagai model baju pengantin.
2. Memiliki bisnes online-nya sendiri, by NienaBaharun, antaranya menjual statement necklace dan telekung.
3. Penuntut Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam jurusan kejuruteraan awam ini merancang untuk menyambung kembali pengajiannya yang dihentikan buat seketika kerana tawaran lakonan yang banyak.
4. Tidak minat karaoke kerana tidak tahu menyanyi.
5. Filem terbaru yang ditontonnya di pawagam, ‘Avengers: Age of Ultron’. Memilih untuk menonton tayangan tengah malam, malangnya, dia tertidur di pertengahan cerita tersebut.
6. Seorang yang gila kasut tak kira apa jenis, baik tumit tinggi mahupun flats, tidak juga cerewet tentang jenama asalkan cantik; memiliki lebih 100 pasang yang mula dikumpul sejak dari sekolah menengah. Kasut paling mahal miliknya adalah dari jenama Louis Vuitton.
7. An animal lover. Mempunyai empat ekor kucing dan tidak lama dulu, pernah juga memelihara seekor ular.
8. Suka makan terutamanya masakan Kelantan. Bila ditanya jika boleh memasak, jawabnya, “A little bit seperti ayam masak merah, ayam masak kicap, sayur campur.”
9. Ciri-ciri lelaki idamannya – tinggi, chubby, good-looking dan paling penting, beriman.
10. Disebabkan satu insiden ketika di Tingkatan 3, Niena tidak ‘menyukai’ bahagian tali pusatnya malah kurang senang jika ada yang tersentuhnya dekat bahagian itu atau menyebut perkataan ‘tali pusat’. Lebih gemar merujuknya dengan singkatan ‘P’.

sumber: Tonton Xtra
...

No comments: