Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 16




Tarikh Siaran: 9 Ogos 2016 (Selasa)

Sedikit sinopsis episod 16
Lepas Ariana kena tolak tu, rupanya Mukhriz yang datang tolong dia. Nasib baik bukan Zakuan. Sebenarnya Zakuan yang upah orang suruhannya untuk buat Ariana macam tu. Dan nasib baik juga, kandungan Ariana selamat. Alhamdulillah.

Masa laksa Mukhriz jatuh tu. Mukhriz memang tak sedap hati dah. Rasa macam ada sesuatu je yang bakal berlaku dekat Ariana. Dia pun apa lagi pergilah cari Ariana.

Mukhriz ajak Ariana buat report lepas kejadian tu, tapi Ariana tak mahu. Mungkin ada sebab tertentu kot. Ariana balik kampung dengan Mukhriz. Dan tiba-tiba muncul pula Zakuan dekat rumah keluarga Ariana. Katanya ada kerja dekat penang. Apabila berada rumah Ariana banyaklah peluang yang bakal dia guna. Tak ada kerja kot sampai nak tidur dekat rumah Ariana. Itu pun memang ajakkan keluarga Ariana. Ariana dah rasa lain bila ayahnya ajak Zakuan tidur dekat rumah dia. Zakuan apa lagi gembira sangat.

Zakuan ni jahat sangat. Selalu je nak ganggu hubungan Ariana dan Mukhriz. Selalu nak bagi Mukhriz marah. Semasa Zakuan lalu dekat bilik Ariana. Time tu memang pintu bilik Ariana terbuka sedikit dan Ariana sedang tidur sambil pegang novel di tangan.Ariana memang tak sedar yang Zakuan menyelinap masuk. Tapi Zakuan kantoi dengan Mukhriz.

Tak cukup dengan itu. Zakuan saja nak buat Mukhriz cemburu lagi... sedang mereka ralit berbual bersama. Zakuan datang mengacau mereka. Dia mintak jaket yang dia bagi semasa mereka pergi oversea. Dia cakap yang dia berdua sahaja pergi padahal Anisa ada sama Ariana time tu. Mukhriz tidak mudah percaya dengan kata-kata Zakuan.

Last-last Zakuan yang cemburu bila dia dengar jeritan Ariana bergurau dengan Mukhriz. Dia berlari dengan perasaan marah masuk ke dalam hutan. Marahnya bukan kepalang. Lagi marah lagi banyak dendam dia kepada Mukhriz. Dan dalam diam Amrina macam manaruh hati dekat Zakuan. Tapi Zakuan tidak perasan.

Pagi itu, sedang mereka sekeluarga hendak sarapan. Amrina cakap yang Zakuan sudah pergi. Habis semua barang dia sudah tidak ada dekat bilik. Keluarga Ariana dan termasuk Ariana sendiri sibuk mencari Zakuan. Ketika itu juga, Mukhriz menerima panggilan dari Zakuan.

"Permainan belum berakhir lagi, Mukhriz. Sikit je kau terleka. Ariana akan balik kepada aku." - Zakuan.
Bersambung...

*Banyak ayat2 sweet dalam episod 16








No comments: