Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 17


 
Tarikh Tayangan : 10 Ogos 2016 (Rabu)
 
 
Sinopsis Episod 17

Antara yang menarik pada hari ini..

MUKHRIZ nampak risau apabila menerima pesanan berbaur ugutan daripada Zakuan malam itu. Hanya pada Allah sahaja dia mampu berdoa, agar diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini. Zakuan memang dah balik dari rumah keluarga Ariana. Mungkin dia ada hal penting yang harus diselesaikan.

Anisa betul-betul kawan yang sangat baik. Dia banyak membantu Ariana. Mukhriz juga hanya mengharapkan Anisa agar menjaga Ariana ketika ketiadaannya di rumah. Sedar, tak sedar sudah 2 bulan Zakuan tidak menganggu hubungan Mukhriz dan Ariana. Ustaz Fauzan turut melahirkan rasa senang dengan berita ini.

*Rabiatul Adawiyah sudah muncul*

Rabiatul Adawiyah masih teringatkan akan Mukhriz apabila dia melihat gambar yang dikirim oleh Alina pada meeting reunion mereka. Ariana nampak cemburu bila Mukhriz cakap yang dia ada berjumpa kawan-kawan lamanya ketika dia ke sana. Sebenarnya Syam itu, kawan kepada mukhriz. Tapi tidak terlalu rapat. Zakuan baru tahu akan hal itu. Banyak yang dia korek rahsia dari Syam tentang masa lalu Mukhriz.

Ariana masih tidak puas hati lagi dengan jawapan Mukhriz. Mukhriz cuba sedaya upaya menyakinkan bahawa dia dengan Rabiatul Adawiyah sudah tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun, sudah 9 tahun sudah berlalu. Mungkin Rabiatul Adawiyah sudah berkahwin.

" Datanglah seribu Rabiatul Adawiyah sekalipun. Mukhriz tetap pilih Ariana Dahlia." - Mukhriz.

Seminggu selepas itu...

Mereka sama-sama pergi ke majlis reunion Mukhriz. Ariana tak mahu ikut sebenarnya. Mukhriz terus pujuk Ariana supaya ikut serta pada majlis itu. Lagipun memang Mukhriz nak kenalkan Ariana kepada kawan-kawannya. Ketika Ariana makan sorang-sorang. Muncul pula Zakuan. Namun belum sempat Zakuan mendekati Ariana. Mukhriz muncul secara tiba-tiba. Selamat Ariana.

Sebenarnya Syam yang ajak Zakuan datang pada majlis itu. Sebabnya kekasih hati Syam tidak jadi ikut. Perjumpaan mereka cukup meriah. Ariana diperkenalkan dengan Alina, Kawan Mukhriz. Kehadiran Syam bersama Zakuan membuatkan Ariana dan Mukhriz tidak senang duduk.

Kehadiran Rabiatul Adawiyah pada majlis itu sangat dinanti-nanti. Masing-masing bertanya khabar antara satu sama lain. Ketika mereka makan. Mukhriz pamit untuk ke tandas sebentar. Ariana ditinggalkan sendirian di meja makan. Ini memberi peluang kepada Zakuan untuk datang menganggu ketenangan Ariana dengan kata-kata yang cukup menyakitkan hatinya.

Ariana nampak Mukhriz dan Rabiatul Adawiyah berbual ketika dia lari dari Zakuan. Hatinya cukup panas dengan pandangan matanya saat itu. Sakit hatinya apabila Mukhriz cakap nak ke tandas. Namun apa yang dilihat sekarang Mukhriz sedang berbual-bual dengan Rabiatul Adawiyah. Malam seterusnya, Mukhriz dapat pesanan dari Alina yang menyatakan Rabiatul Adawiyah ingin sangat berjumpa dengannya. Mukhriz tidak mahu pergi kerana Ariana sedang tidur di bilik dan dia tidak sampai hati untuk meninggalkan Ariana sendirian. Setelah dipujuk Alina. Mukhriz setuju dengan ajakan Alina yang menyatakan dia akan turut hadir dalam perjumpaan itu.

Pagi itu, Mukhriz keluar untuk membeli makanan kepada Ariana. Lamunan Ariana terhenti apabila dia mendapat pesanan daripada Zakuan. Zakuan telah menghantar gambar-gambar Mukhriz dan Rabiatul Adawiyah pada malam perjumpaan mereka. Ariana cemburu dan hatinya sangat sakit. Dia menangis apabila melihat apa yang dihantar oleh Zakuan.

Bersambung...

 










No comments: