Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

MINI NOVEL :SEINDAH CINTA USTAZ MUKHRIZ



Tajuk mini novel

SEINDAH CINTA KAPTEN MUKHRIZ



Ariana: Habib jangan risau kepercayaan Arin pada habib tak pernah goyah sebabb habib pernah cakap walau datang wanita secantik bidadari syurga habib tetap pilih ariana dahlia kan.

Mukhriz: Selain Allah rasul ibu, Ariana paling istimewa dihati habib. Arin,habib tak mampu hidup tanpa seorang ariana. Sekuat mana habib cuba.. Habib tetap tak mampu mengusir kerinduan dan cinta habib buat arin.

Rabiatul adawiyah: Mukhriz... Awak seorang lelaki, suami dan seorang hamba Allah yang kuat hatinya kental jiwanya. Jangan pernah biarkan syaitan menghancurkan tembok kekuatan yang awak bina. Mukhriz... DIA akan selalu mendengar doa awak. Jangan pernah berhenti meminta

sumber: FB Sophilea


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tak kisah Arin macamana sekalipun habib cuma mahu Arin faham satu perkara. Habib bukan milik Arin yang mutlak begitu juga Arin bukan milik habib sepenuhnya. Allah cuma pinjamkan perasaan cinta kasih dan sayang buat kita berdua. Tapi.... Habib mahu Allah teruskan pinjaman ini sampai ke Jannah.. Kapten mukhriz

Seindah cinta kapten mukhriz


sumber: FB Sophilea

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




SEINDAH INTA KAPTEN MUKHRIZ.
Saat terlihatmu bagai ada sesuatu yang pernah kurasakan satu masa lalu.

“Kenapa habib?” Soal Ariana saat mata Mukhriz redup memandang wajah mulus Ariana Dahlia.

“Rindu.” Bisik Mukhriz perlahan tapi jelas di telinga Ariana. Ariana tersenyum nakal. 

Dia bangun dan duduk disebelah Mukhriz. Tubuhnya dipusingkan pada Mukhriz. Tangannya diletakkan di dada Mukhriz.

“Rindu bermakna cinta habib pada Arin tetap utuh dan kuat. Rindu bermakna habib dan Arin ditakdirkan bersama sampai hujung nyawa.” Ariana bermain mata. Mukhriz ketawa.

“Alhamdulillah Arin. Allah tak buang rindu habib pada Arin biar bertahun ikatan antara kita terjalin. Malah Allah tambahkan kasih sayang kita berdua.

Ariana sandarkan kepalanya di dada Mukhriz.

“Kerana habib Zauj yang Arin tunggu selama ini. Kerana habib adalah a’syik yang selalu ada dalam hati Arin.”

Jemari Ariana digenggam kemas.

“Habib...” Suara manja Ariana memecah mampir di gegendang telinga Mukhriz.

“Ada apa Arin?” Mata Mukhriz terus memandang bintang-bintang yang bertebaran di langit kelam.

“Habib tak jemu ke dengan Arin? Bertahun-tahun habib jadi suami Arin, tak ada ke perasaan jemu dalam hati habib buat Arin?”

Ariana mengelus lembut lengan Mukhriz. 

“Kenapa Arin tanya macam tu?” Soal Mukhriz.

Ariana geleng.

“Mana tahu kalau-kalau habib rasa jemu dengan Arin. Dengan sikap Arin.”
Mukhriz ketawa kecil.

“Ariana Dahlia.... Suami Arin ini tak pernah jemu memandang wajah Arin. Habib nampak syurga habib disitu. Habib tak pernah jemu untuk menzahirkan rasa sayang dan cinta habib buat seorang Ariana Dahlia. Sikap Arin menyenangkan habib. Ketawa Arin hilangkan resah habib. Senyuman Arin buatkan lena habib dibuai mimpi indah.”

Ariana ketawa. Kata-kata Mukhriz buatkan hatinya bagai diawang-awangan.

Arin? Jemu dengan habib?”

Cepat-cepat Ariana geleng.

“Macamana Arin nak jemu kalau berpisah sekejap sahaja pun sudah buatkan Arin rindu pada habib.”

Mukhriz lingkarkan kedua-dua tangannya di pinggang Ariana. Kejap dan erat pelukannya buat si isteri.

Tiada satu detik dalam hidup habib merasa menyesal atau terkilan menikahi Ariana Dahlia. Biar bertahun cinta habib pada Arin tetap utuh dan kukuh.”

sumber: FB Sophilea


LikeShow More Reactions
Comment

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






No comments: