Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 15


Tarikh Siaran: 8 Ogos 2016 (ISNIN)


Ariana banyak mengelamun. Apa yang dia buat semua tidak menjadi. Anisa perasan yang Ariana macam punya masalah besar saja. Mungkin dia teringatkan Mukhriz ataupun dia teringat akan Zakuan yang selalu datang menganggu rumah tangganya. Dekat hospital pun mukanya macam punya masalah besar. Tapi dia cakap dekat Anisa yang dia hanya penat sahaja. Sebagai sahabat baik, Anisa mengantikan Ariana untuk meneruskan tugasnya di hospital.


Mukhriz dah balik dari menjalankan tugasnya untuk berjumpa Ariana. Baliknya dengan penuh kejutan. Ariana pun tak sangka yang mukhriz akan balik secepat itu. Malam itu ketika mereka sama-sama mahu tidur. Ariana sedikit pun tidak boleh tidur. Entah mengapa dia tidak boleh bau badan suaminya itu. Pelik kenapa Busuk sangat ni! Hah… apa sebab dia erk? Jadi dia menyuruh Mukhriz tidur diluar. Mukhriz dengan rela hati mengikut semua kehendak Ariana.



Pagi itu, Ariana marah dan terus meninggalkan Mukhriz akibat dari pengaduhan kecil. Kereta Ariana rosak ketika Mukhriz mahu menghantarnya ke tempat kerja. Mukhriz macam mempelekehkan kereta Ariana yang sudah lama/buruk. Panas hati Ariana. Sempat dia bertengkar sebelum meninggalkan Mukhriz di situ. Ketika Ariana dan Anisa sama-sama makan. Anisa dapat melihat kelakuan Ariana yang sedikit gelabah sejak tadi. Mungkin ada sesuatu yang terjadi. Selepas itu, Ariana kembali semula ke tempat dia meninggalkan Mukhriz, apabila Ustaz Fauzan menelefonnya bertanyakan akan Mukhriz. Kata Ustaz Fauzan, telefon Mukhriz tidak aktif. Tapi Mukhriz sudah tidak berada di situ. Ariana sedikit cemas. Rupanya telefon Mukhriz kehabisan bateri.



Hari-hari seterusnya…



Muhkriz melayan sahaja karenah Ariana. Ariana sekarang sudah banyak makan, tidak seperti selalu. Nak itu, nak ini. Pening Mukhriz dengan kelakuan Ariana. Malam itu muka Ariana sedih sahaja kerana Mukhriz sudah mahu kembali bertugas.



“Kenapa sedih ni?’ Tanya Muhkriz



“Sedihlah… suami Arin dah nak balik. Siapa nak temankan arin dekat rumah…” ucap Ariana sedih.



Ariana dah prengnant rupanya. Tapi Mukhriz saja yang tidak perasan. Sebelum Mukhriz nak balik kem pun, Ariana cakap yang dia loya dan nak muntah. Banyak sebenarnya Ariana cakap dekat Mukhriz, Cuma Mukhriz tidak perasan dan tidak tahu maksudnya. Selepas Mukhriz sampai ke kem. Mukhriz balik semula kerumah dengan alasan kuncinya tertinggal di rumah. Namun Mukhriz ada sebab tertentu.



Namun kebahagian mereka tergugat lagi. Mukhriz cemburu bila Ariana beritahu dia yang Zakuan datang jumpa dia dekat hospital. Alisa sebagai kawanya juga tidak setuju apabila melihat Ariana dan Zakuan duduk makan semeja. Hari seterusnya Zakuan datang lagi ke hospital untuk berjumpa Ariana. Tapi Ariana tiada. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ariana itu sendiri. Ariana sedikit tidak selesa dengan kehadiran Zakuan. Ariana melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Zakuan.



“Kalau abang tak boleh ubah perasaan abang. Arin terpaksa membuat keputusan… jangan jumpa Arin lagi.”



Kelakuan Zakuan penuh dengan tanda tanya. Plan apa yang dia cuba lakukan untuk mendapatkan hati Ariana kembali. Muhkriz tidak sedap hati sahaja. Malam itu laksa yang dia makan jatuh, habis bertaburan atas lantai. Ariana sedikit penat seletah tamat tugasnya. Dia berjalan sendirian tanpa bertemankan oleh kawannya, Anisa. Dalam kepekatan malam, muncul sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Penunggang itu macam sengaja menolak Ariana. Kepala Ariana terhantuk pada sebuah kereta yang terparkin di tepi jalan. Nasib baik ada seseorang datang untuk menolongnya. Namun siapa? Mukhriz atau Zakuan?



Bersambung…










No comments: