Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 1


Tarikh Siaran: 13 Julai 2016 (Rabu)


Komen penulis:
Saya tengok episode 1 ini selepas menonton episod1 ke 4 untuk memahami pengenalan drama ini. Saya terhibur dengan kegedikan dan kenakalan Ariana. Setiap slot yang mempaparkan wataknya yang selamba membuatkan saya ketawa dan adakalanya malu juga.
Tapi saya tahu watak Ariana adalah unik. Bagi saya, disebabkan Ariana adalah adik kepada Kapten Izudin dan rakan Ustaz juga,  jadi sifat kenakalan dan kegedikan Ariana tidaklah keterlaluan kerana dia daripada family yang baik2. Juga, Ariana juga sangat cantik.
Basically, episod ini menceritakan detik petermuan Ariana dan Ustaz Mukhriz sehingga membuatkan Ariana angau dan Ustaz Mukhriz pula terkedu. Hahahaha. Bak komen setengah penonton yang saya baca di FB.. malu-malu tapi mau. Hahaha.


 
Angau si Ariana selepas ternampak Ustaz Mukhriz yer.. 


Dok AAMIN pun masih melihat kelibat Ustaz.


Terpegun melihat Ustaz yang handsome.  

Ustaz Mukhriz tunduk sebab si Ariana dok stare je kat dia.


Kegedikan Ariana terserlah sampai sanggup mengintip Ustaz kat pejabat. 


Terkejut Ustaz!!! Hahahaha. 

No comments: