Powered by Blogger.

Utama

Koleksi-koleksi novel Sophilea

Berikut ialah koleksi-koleksi novel Sophilea.  1. Samudera indah nian - Jemari Seni 2. Sweetnya dia - Idea kreatif publication...

Episod 11




Tarikh siaran: 1 OGOS (Isnin)


Basically, Episod ni bincangkan pasal Zakuan yang bagi cincin tu lah kat Ariana. Semua suruh Ariana inform Zakuan tapi Ariana dah janji dengan Mak Uda dan Pak Uda nya supaya berahsia. 

Hihihii.. Ariana nak keluar dengan tunang dia la. Comel tengok part ni. Muka keterujaan Ariana lah sbb keluar dengan Ustaz Mukhriz gitu.

Memang bosan lah Ustaz Mukhriz ni. Ariana je yang tak bosan. Suka beno agaknya.Hahahaha.


Gambar ni macam Ustaz Mukhriz ni nerd la plak. Tak handsome lah. Tapi takpe.. Ariana kirim laksa kat tunang dia sebelum berangkat pulang.




Ada flashback you. Oooo ni ke Rabiatul Adawiyah. Mukhriz nak berkawan aka berkenalan. Hihihi.


Wow romantik Ustaz Mukhriz hantar Ariana sampai ke kereta. 


Ariana dapat baju pink daripada Ustaz Mukhriz. Sukanya..

Dapat hadiah lagi daripada Ustaz Mukhriz. 

"Terima kasih kerana mencintai saya" Syed Mukhriz Al-Attas. Menangis Ariana... Sob sob.

Sinopsis Episod 11.

Hari ini Ariana terima cincin pemberian Zakuan. Satu keluarga Ariana buntu dengan kiriman cincin Zakuan itu, sedangkan cincin pertunangannya dengan Mukhriz sudah tersarung di jari. 

Mama, abah dan Amrina mahu dia berterus-terang saja. Tetapi Ariana tetap berpegang teguh pada janjinya dengan Pak Uda dan Mak Udanya untuk rahsiakan dulu dari Zakuan. Setidak-tidaknya, hingga majlis nikah nanti. 

Seterusnya, bila merenung ke dalam biliknya, ada satu yang kurang. GAMBAR MUKHRIZ, tunang tersayang. Tapi, Mukhriz tak nak bagi gambarnya pada Ariana walaupun mereka dah bertunang.

 “Kedekut. Takut sangat aku manderem dia kot. Ustazpun boleh fikir macam tu ke?”, sungut Ariana.

Mujurlah dia teringat FB Mirza dan pernah terlihat gambar Mukhriz di situ. Tanpa pengetahuan Mukhriz, Ariana cetak beberapa keping gambar tersebut untuk diletak di bilik dan tempat kerjanya.


Untuk pertama kalinya selepas bertunang, Mukhriz keluar dating dengan Ariana. Tu pun berteman Amrina dan Mirza. Macam orang baru berkenalan, perbualan mereka buat Amrina, si mulut laser bosan.



Skemanya abang Riz tu. Akak yang menggatal lebih”, komen Amrina. 



Dari cara mereka berkomunikasi, Amrina tahu mereka tidak bercinta. Walaupun teruja untuk menjadi isteri Mukhriz, tetapi terbit jua rasa bimbang di hati Ariana. 

Diadukan pada Anisa, jodoh ini dia yang kejar. Entahkan Mukhriz suka atau tidak padanya kerana dia hanya menurut kata hatinya untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang pernah hadiahkan novel “Bila dan Di mana” padanya dulu. Namun, Anisa nasihatinya agar yakin bahawa semuanya adalah ketentuan Allah.

Walaupun sibuk dengan persiapan nikah, Ariana tidak pernah rasa yang dia dan Mukhriz bercinta. Seperti biasa, Mukhriz tetap jarang hantar mesej, jauh sekali menghubunginya. Amrina sendiri perasan keunikan hubungan mereka hingga dia jadi bimbang Mukhriz tidak sukakan Ariana. 

Malah, beberapa keraguan dari adik, abang dan orang tuanya itu, kadangkala menggugat jua perasaan Ariana. Tapi, dia meletakkan jawapan akan penerimaan Mukhriz itu pada hari selepas dia bernikah nanti. Bagaimanapun, sessi pengenalan mereka berjalan lancar. Mukhriz juga ada menjemput Ariana keluar bersama keluarganya bagi merapatkan hubungan mereka. Malah, keluarganya menerima Ariana dengan baik.

Beberapa hari sebelum majlis nikah Mukhriz-Ariana, Awina mengirimkan satu kad ucapan untuk Mukhriz dari penjara. Yang menghairankan Mukhriz, kata-katanya lebih positif dan nampak bahagia.

Walaupun tidak bersanding, tetapi majlis tetap meriah dan mereka tetap mengenakan busana pengantin. Dan Ariana tetap dengan perangai sengalnya berkelakuan romantis dengan Mukhriz depan orang ramai buatkan muka Mukhriz merah padam sebab malu. Mereka berbincang tentang perasaan dan masa depan. Namun, Ariana rasa takut bila melihat kelakuan Mukhriz tiba-tiba berubah jadi romantis..dan...

~BERSAMBUNG~





No comments: